SAYUR..
Cara Memilih Sayur
Pilih sayur-sayuran hijau yang segar dan cerah warnanya.
Sayur-sayuran jenis bunga mestilah kelihatan cantik bentuknya dan keras.
Bentuk sayur-sayuran jenis buah-buahan perlu dipilih yang berkeadaan elok
dan tidak kelihatan berkedut pada kulitnya.
Pastikan yang ia tidak lembik.
Sayuran jenis kekacang perlu dipilih yang cerah warnanya dan rangup
apabila dipatahkan.
Sayur-sayuran jenis akar dan bebawang perlu keras apabila dirasa dan
kelihatan banyak mengandungi air.
Sayur-sayuran jenis pucuk hendaklah mempunyai warna cerah, segar
dan kelihatan banyak mengandungi air.
Cara Menyimpan Sayuran
Sekiranya anda mempunyai peti sejuk, semua jenis sayuran perlu disimpan
di bahagian bawah atau bahagian khas untuk sayuran. Sayuran hijau perlu
dibasuh terlebih dahulu dan disimpan di dalam kotak plastik peti sejuk atau
dibalut dengan kertas agar sentiasa segar.
Sekiranya tidak mempunyai peti sejuk, sayuran boleh juga diletakkan
di tempat yang dingin dan redup di bahagian dapur. Elakkan menggunakan
beg plastik untuk mengelakkan sayuran itu menjadi layu dan vitaminnya hilang.
Sayuran di dalam tin hendaklah dipindahkan di dalam bekas simpanan yang
lain sebaik sahaja tin tersebut dibuka dan disimpan di dalam peti sejuk.
Kentang, keledek, labu dan bawang hendaklah disimpan di dalam bilik yang
agak gelap dan sejuk. Jika perlu hendaklah disimpan di dalam bakul rotan
untuk mendapatkan udara.
No comments:
Post a Comment