BERPRASANGKA
Ada yang berprasangka baik
Ada yang berprasangka buruk
Orang beribadat disangka baik
Orang yang relax disangka malas
Orang yang berbaju baru disangka menunjuk
Orang berbaju lama dikata zuhud
Orang yang makan banyak dikata pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka memakai susuk
Orang yang ceria disangka ‘membela’
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu yang senyum itu bersedekah
Mana tahu yang mendung itu menghitung dosa
Mana tau yang menawan itu kerana iman terpancar
Mana tau yang ceria itu cergas dan cerdas
Oleh itu,
Elakkan dari sifat berprasangka
Kerana boleh memusnahkan ukhwah
Seperti musnahnya kayu dimamah api…
KERANA LALAI DAN TERLEKA
Sahabat,
Mungkin kerana terleka
Seringkali pena terlepas dari genggaman
Ucapan “Opps..” mendahului “Ya Allah……”
Tatkala perut lapar sudah diisi
“ Erk!.. kenyangnya…” mengatasi “ Alhamduillah”
Bila terpegun melihat keindahan
“Subhanallah” tenggelam disebalik “Wow, cantiknya……”
Ada ketika berita kematian diterima
“Kesiannya” terucap jua, kerana kita lupa...“ Innalillah……”
Apabila kita terlupa sesuatu
Ucapan “Astarfirullah” diganti dengan “Alamak…”
Terkadang kita terlupa
Terkadang kita sengaja
Ataupun mungkin kerana terpaksa
Namun sahabat,
Walaupun kita sengaja
Suka atau terbiasa
Tetap berhati-hatilah
Agar bila Izrail bertamu
Ucapan “Lailahaillallah”
Tetap menjadi juara
Mengatasi segala-galanya….
REMAJA
Remaja………..
Kenalilah fitrahmu
Kau diibaratkan di dalam kaca
Yang perlu dijaga dan dibelai dengan baik
Dari ragutan tangan-tangan nista
Ketahuilah……
Dunia ini hanyalah permainan belaka
Dunia ini hanyalah sementara
Sebagai suatu persinggahan
Untuk menuju ke alam abadi……
Remaja….
Masihkah dirimu tak peduli
Dengan perintah Allah, Tuhanmu
Aurat yang terdedah kau jadikan hiasan
Pergaulan bebas kau jadikan budaya
Nafsu yang menguasai lelaki kau jadikan cita-cita
Remaja…..
Di saat keheningan malam
Di saat menyentuh sejadah
Ketahuilah kebesaran Allah s.w.t
Yakinilah keagungan Allah kerana
Hari Pembalasan pasti akan datang….
Remaja…..
Pada ketika dan saat itu
Wanita akan bersesak-sesakan
Di dalam neraka jahanam
Oleh itu marilah kita tegakkan al-Quran dan Sunnah
Tanpa mengira status
Jangan jadikan syariat islam
Sebagai satu paksaan
Insyaallah……
Kau akan menjadi wanita solehah….
Sunday, 10 July 2011
cerita pengajaran
Amir tinggal di sebuah kampung yang terletak di Selangor. Dia mempunyai 4 orang adik beradik dan merupakan anak yang ketiga. Kehidupan keluarganya adalah sederhana.
Amir merupakan seorang budak yang nakal. Umurnya 15 tahun. Hobinya suka merempit pada waktu malam bersama kawan-kawannya. Dia juga suka melawan kata-kata kedua orang tuanya. Sembahyang lima waktu diabaikan. Nasihat ibu bapanya tidak diendahkan. Ibu bapanya sering kali mengeluh dengan sikap Amir yang semakin sukar dikawal.
Di sekolah pula, dia merupakan seorang pelajar yang suka melanggar disiplin sekolah. Kerja rumah yang diberikan oleh guru tidak disiapkannya, sentiasa ponteng kelas, membuli pelajar-pelajar yang lemah dan macam-macam lagi sehinggakan dia pernah digantung persekolahan selama 2 minggu gara-gara menghisap rokok di belakang sekolah. Hukuman itu tidak mengubah perangainya malah makin menjadi-jadi.
Satu malam, Amir bersama kawan-kawannya merancang untuk merempit di hujung kampung niatnya itu dihalang oleh ibu bapanya, tetapi tidak dipedulikannya. Sedang rancak berlumba, tiba-tiba motosikalnya terlanggar lopak jalan. Amir terpelanting ke atas jalan. Motosikalnya terbabas. Amir terus tidak sedarkan diri.
Di hospital, Amir dilaporkan koma.ibunya menangis memikirkan nasib Amir. Satu malam, Amir didatangi oleh seorang lelaki berjubah putih. Baunya harum semerbak. Amir berasa sangat takut. Lelaki tersebut telah mengajak Amir ke satu tempat. Walaupun Amir tidak berdaya, lelaki tersebut telah memaksanya.
Apabila tiba di tempat itu, Amir menyaksikan satu kemalangan yang sangat ngeri. Bau darah yang hanyir menyelubungi kawasan sekitar. Terdapat seorang lelaki terbaring di atas jalan. Keadaannya teruk. Orang ramai mengerumuni kawasan tersebut. Terdapat seorang wanita meratapi lelaki tersebut. Direnungnya wajah wanita dan lelaki terbabit yang amat dikenalinya. Wajah wanita itu adalah ibunya dan lelaki yang terbaring itu adalah Amir. Amir tidak boleh berkata walau sepatah pun. Lidahnya kelu.Tidak lama kemudian, ambulans pun datang dan membawa lelaki terbabit ke hospital. Lelaki terbabit sudah tidak bernyawa.
Urusan post mortem dan menguruskan jenazah dilaksanakan oleh pihak hospital kerana terlalu teruk keadaan mayat tersebut. Ketika urusan mandi dan mengafankan jenazah dijalankan, Ibu lelaki terbabit tidak henti-henti menangis. Amir cuba menerangkan kepada ibunya bahawa dia masih hidup tetapi sia-sia.
Jenazah dibawa pulang untuk disembahyangkan dan dikebumikan. Jenazah dibawa ke tanah perkuburan oleh orang ramai. Ketika di sana terdapat bermacam-macam peristiwa pelik berlaku. Jenazah sukar untuk dikebumikan. Tok imam berdoa kepada Allah untuk memudahkan urusannya. Ibu bapa Amir tidak tertahan lagi melihat peristiwa tersebut. Di dalam kubur, Amir didedahkan dengan peristiwa-peristiwa yang ngeri. Jenazah diseksa oleh Malaikat. Amir meronta menjerit kesakitan tetapi tidak diendahkan , sehinggalah jiwanya menjadi hancur. Amir ketakutan yang amat sangat dan berdoa kepada Allah untuk bertaubat tetapi sudah terlambat.
Tiba-tiba Amir tersentak, dibukanya mata dan melihat keadaan sekeliling. Di hospital rupanya dia dengan keadaan berbalut kaki tangan. Alhamdulillah katanya bahawa dia masih hidup. Dia menangis sepuas-puasnya. Dia berjanji akan menjadi seorang anak dan pelajar yang baik selepas ini. Sejak daripada peristiwa itu, Amir berubah menjadi baik. Dia tidak lagi terlibat dengan perkara yang tidak baik dan sentisa mengikut peraturan-peraturan di sekolahnya. Ibu bapanya berasa pelik dengan perubahan sikap Amir dan bersyukur kepada Allah kerana anaknya telah berubah menjadi baik. Hanya Amir yang tahu kenapa dia tiba-tiba berubah menjadi baik. Sesungguhnya Amir telah mendapat hidayah dari Allah Taala.

Subscribe to:
Posts (Atom)