Sunday 10 July 2011

PUISI

BERPRASANGKA

Ada yang berprasangka baik
Ada yang berprasangka buruk

Orang beribadat disangka baik
Orang yang relax disangka malas
Orang yang berbaju baru disangka menunjuk
Orang berbaju lama dikata zuhud
Orang yang makan banyak dikata pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet

Orang yang baik disangka buruk
Orang yang buruk disangka baik
Orang yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang diam disangka menyendiri
Orang yang menawan disangka memakai susuk
Orang yang ceria disangka ‘membela’

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu yang senyum itu bersedekah
Mana tahu yang mendung itu menghitung dosa
Mana tau yang menawan itu kerana iman terpancar
Mana tau yang ceria itu cergas dan cerdas

Oleh itu,
Elakkan dari sifat berprasangka
Kerana boleh memusnahkan ukhwah
Seperti musnahnya kayu dimamah api…









KERANA LALAI DAN TERLEKA

Sahabat,
Mungkin kerana terleka
Seringkali pena terlepas dari genggaman
Ucapan “Opps..” mendahului “Ya Allah……”

Tatkala perut lapar sudah diisi
“ Erk!.. kenyangnya…” mengatasi “ Alhamduillah”

Bila terpegun melihat keindahan
“Subhanallah” tenggelam disebalik “Wow, cantiknya……”

Ada ketika berita kematian diterima
“Kesiannya” terucap jua, kerana kita lupa...“ Innalillah……”

Apabila kita terlupa sesuatu
Ucapan “Astarfirullah” diganti dengan “Alamak…”

Terkadang kita terlupa
Terkadang kita sengaja
Ataupun mungkin kerana terpaksa

Namun sahabat,
Walaupun kita sengaja
Suka atau terbiasa
Tetap berhati-hatilah

Agar bila Izrail bertamu
Ucapan “Lailahaillallah”
Tetap menjadi juara
Mengatasi segala-galanya….








REMAJA

Remaja………..
Kenalilah fitrahmu
Kau diibaratkan di dalam kaca
Yang perlu dijaga dan dibelai dengan baik
Dari ragutan tangan-tangan nista

Ketahuilah……
Dunia ini hanyalah permainan belaka
Dunia ini hanyalah sementara
Sebagai suatu persinggahan
Untuk menuju ke alam abadi……

Remaja….
Masihkah dirimu tak peduli
Dengan perintah Allah, Tuhanmu
Aurat yang terdedah kau jadikan hiasan
Pergaulan bebas kau jadikan budaya
Nafsu yang menguasai lelaki kau jadikan cita-cita

Remaja…..
Di saat keheningan malam
Di saat menyentuh sejadah
Ketahuilah kebesaran Allah s.w.t
Yakinilah keagungan Allah kerana
Hari Pembalasan pasti akan datang….

Remaja…..
Pada ketika dan saat itu
Wanita akan bersesak-sesakan
Di dalam neraka jahanam
Oleh itu marilah kita tegakkan al-Quran dan Sunnah
Tanpa mengira status
Jangan jadikan syariat islam
Sebagai satu paksaan
Insyaallah……
Kau akan menjadi wanita solehah….

No comments:

Post a Comment